IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
|
TUGASAN PROJEK
|
TAJUK
PROGRAM : PPG
|
SEMESTER
: 8
|
NAMA
PELAJAR :
|
KOD
DAN NAMA KURSUS : EDU3093
(GURU
DAN CABARAN SEMASA)
|
TARIKH
MULA
|
14 FEBRUARI 2015
|
TARIKH
HANTAR
|
13 MAC 2015
|
Hasil
Pembelajaran Kursus :
1. Menghuraikan isu dan cabaran semasa yang dihadapi guru.
2. Menerangkan peraturan-peraturan awam dan perkaitannya dengan kerjaya guru
3. Membincangkan tanda-tanda awal gangguan emosi murid serta langkah-langkah
menanganinya.
4. Mengenalisis punca gangguan emosi guru.
5. Menyediakan pelan tindakan untuk mengurus perubahan dalam bidang
pendidikan.
Kerja kursus ini
bagi menilai hasil pembelajaran 1, 4, dan 5.
Objektif Projek :
Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut :
1. Menghasilkan inovasi dan perubahan dalam pendidikan.
2. Menyatakan langkah-langkah bagi mengatasi masalah stres yang banyak
berlaku
dalam kalangan guru dan murid.
3. Membina pengurusan grafik berkaitan dengan pelan tindakan pengurusan
stres.
4. Menghasilkan penulisan yang berkualiti.
Tugasan Projek :
Tugasan 1
Penghasilan
Produk (70%)
Memang tidak dapat dinafikan penggunaanlaman web sosial seperti facebook, twitter, hi-5,dan lain-lain semakin meluas di seluruh dunia termasuk juga
Malaysia. Laman web sosial digunakan ramai untuk pelbagai tujuan seperti berhubung dengan rakan, mencari kawan
lama, mencari kawan baru, memasarkan barangan, melebarkan rangkaian kenalan dan
lain-lain lagi.
Tidak hairanlah jika ditanya, pasti ramai baik yang bergelar pelajar,
pekerja serta surirumah mengakui 'melekat' di komputer malayari laman web
berkaitan saban hari. Lebih parah lagi jika mereka ketagih permainan komputer secara
online di laman tersebut.
Berita Minggu (Ahad, 19 September 2010)
Berdasarkan kenyataan di atas, hasilkan laman
sosial dalam bentuk blog, facebook atau web berasaskan kursus EDU3093. Sertakan ‘storyboard’ atau tatacara pembinaan
laman sosial tersebut serta cara dan kaedah penggunaannya.
Tugasan
2.
Penulisan
(30%)
Emosi
boleh ditakrifkan sebagai perasaan yang kuat yang kita arahkan kepada seseorang
atau sesuatu. Terdapat enam jenis emosi yang selalu kita hadapi dan kita arahkan
pada orang dan benda iaitu kemarahan, ketakutan, kesedihan, kegembiraan, meluat
dan terkejut.
Bolehkah kita tidak beremosi?
Jawapannya ialah tidak, kerana apabila kita berada dalam keadaan emosi yang
baik maka segala urusan yang kita buat akan menjadi baik dan lancar. Kita akan bekerja
lebih produktif. Emosi juga membolehkan kita memahami emosi orang lain. Emosi
yang dipamerkan juga dapat menilai kematangan setiap orang.
Hasilkan
peta pemikiran i-Think berkaitan punca-punca
stress dan pengurusan emosi guru. Seterusnya sertakan refleksi terhadap dapatan
anda tentang punca stress dan pengurusan stress dalam kalangan guru.
PanduanPelaksanaanProjek :
1. Tugasan ini adalah
tugasan individu.
2. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut
:
2.1.
Mukadepan hendaklah mengikut templat terkini.
2.2.
Bentuk tulisan font arial-saiz 11
2.3.
Langkau 1.5 baris (one and half spacing)
2.4.
Rujukan mengikut format APA (American
Psychological Association)
3. Panjang tugasan adalah antara 2500 hingga
3000 perkataan dan tidak melebihi 15
mukasurat.
4. Rujukan tidak termasuk dalam jumlah pengiraan
perkataan.
5.
Tugasan individu dan kumpulan hendaklah dihantar secara berasingan
5. Amalan plagiat
tidak dibenarkan sama sekali.
6. Tugasan ini membawa markah 100% dan wajaran 70%.
Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria
yang berikut :
1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh,
konsisten dan terperinci.
2. Bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong
hujah-hujah anda hendaklah
dikemukakan.
3. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan
ketulenan dengan sokongan
ilmiah.
4. Format dan organisasi laporan perlu jelas dan
koheren.
5. Penulisan tugasan harus menunjukkan kematangan
hujah, kefasihan bahasa, laras
bahasa yang sesuai dan tiada kesalahan ejaan.
6. Rujukan perlulah daripada pelbagai sumber
yang tepat dan sahih serta memenuhi
kehendak tugasan ( sekurang-kurangnya sumber
3 buah buku, 3 internet, 3 jurnal,
2 bahan bercetak yang lain).
Tugasan
disediakan oleh: Disemak oleh :
(ABD JAMILBIN SABDIN) (PN SABIAH BT MOHAMED)
Penyelaras
Subjek EDU3093 Pakar Bidang (SME)
Jabatan
Ilmu Pendidikan Jabatan
Ilmu Pendidikan
IPGKTAA,
Kuala Lipis. IPGKTAA, Kuala Lipis.
Disahkan
oleh:
( HAJAH SALBIAH BT ISHAK,.AAP)
Ketua Jabatan
Jabatan
Ilmu Pendidikan
IPGKTAA,
Kuala Lipis
No comments:
Post a Comment